Ku Kembali

Wah bersemangat semula! Line internet sudah terpasang semula semenjak dua minggu menunggu kehadiran pekerja kontrak TM memasng talian terus ke rumah belakang ni yang baru berpindah. Ok, aku sedang mencari idea dan cuba untuk kembali online. Projek seterusnya ialah memperbanyakkan lagi tutorial berkaitan grafik dan jualan t-shirt yang direka oleh aku di internet. Ada siapa nak beli?




Sekian Lama Menyepi

Aduh, dah lama tak menulis satu blog untuk sehari dah macam terkecewa dan putus asa dengan dunia blog ni. Sibuk sangat dengan kerja - bisnes konon - yang mula masuk pagi dan balik lewat malam. Sampai rumah buka Internet dalam masa yang sekejap pun dah letih, kadang² baring sekejap sedar² dah pagi. Boleh dikatakan yang aku ni dah tak ada idea nak tulis, info yang kurang dan juga minat yang merudum. Tabiat aku yang malas adalah memberi sebarang komen pada blog² lainnya, tulash sebab jarang dapat komen, rasakan.

Bisnes yang dikatakan itu adalah Perkhidmatan Pencetakan Baju T-Shirt. Perniagaan ini pun baru nak menapak dan Alhamdulillah, setiap langkah daripada mula hingga akhir aku dah dapat faham dan kuasai. Bolehlah buat bisnes baju sendiri kat rumah cetak gambar² kartun pastu jual. Berikut merupakan gambar² yang diambil menggunakan SE W700i (tak terang) menunjukkan cara tersendiri syarikat yang aku bekerja ini dalam penghasilan cetakan t-shirt


(more…)




Fitna : Boikot Belanda

Tayangan filem FITNA baru² ini yang disebarkan melalui internet sahaja menimbulkan banyak reaksi yang menentang penayangan tersebut (masyarkakat Islam sedunia) dan Malaysia juga tidak ketinggalan. Filem yang dibuat oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang-terangan menghina Al-Quran. Pengertian jihad telah salah ertikan dengan menggambarkan perkara yang sebenarnya berbanding dengan ayat penuh yang cukup sempurna untuk menjelaskan pengertian jihad sepenuhnya.

PPIM
bersama dengan ahli Majlis Permuafakatan Antara NGO (MAPAN) menggesa masyarakat pengguna Islam di negara ini melancarkan boikot terpilih produk keluaran Belanda bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan serta provokasi ke atas agama Islam. Dalam kenyataanya; boikot terpilih ini diharapkan akan berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada pihak yang berkenaan agar tidak melakukan perkara yang biadap ini kepada sesiapapun dan belajar menghormati sesama manusia demi mewujudkan masyarakat dunia yang cintakan keamanan.

Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah tindakan biadap serta terkeji ini. Senarai penuh barangan keluaran Belanda.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut menggalakkan pemboikotan barangan Belanda

” Boycottt could result in The Netherlands having to “close shop”, as Muslims made up the wealthiest portion of the world’s population and were also the biggest importers. However, in order to be effective, all 1.3 billion Muslims in the world must unite in the boycott and put the interest of Islam and Muslims over that of individual needs.”

Sumber daripada PPIM - Senarai penuh produk keluaran Belanda

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing - Insurans
5. Planta - Magerin
6. Lady’s Choice - Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell - Minyak
9. Knorr - Perisa Makanan
10. Dove - Mandian
11. Sunlight - Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant - Deodoran
13. Rexona - Deodoran
14. Ponds - Produk Kecantikan
15. Kieldsens - Coklat
16. Slimfast - Produk Pelangsing
17. Lego - Kismis
18. Philips - Barangan Elektrik
19. Duyvis - Makanan Ringan
20. Gouda - Keju
21. Robin - Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel - Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo - Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello - Lip Balm
25. Pickwick - Teh
26. Venz - Mentega Coklat
27. Kinder Bueno - Coklat
28. Unilever - Syarikat
29. Dumex - Susu Tepung
30. Nutricia - Susu Bayi
31. Sunsilk - Shampoo
32. Fair & Lovely - Produk Kecantikan
33. Lux - Mandian
34. Vaseline - Lip Balm
35. Cif - Pencuci Lantai
36. Surf - Pencuci Kain
37. Wishbone - Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli - Minyak Masak
40. Clear - Shampoo
41. Breeze - Pencuci Kain
42. Sun - Pencuci Kain

Jadinya seluruh dunia kini sedang semarak dengan kempen anti-Belanda demi membantah serta menunggu pembatalan serta kemaafan daripada pihak Belanda. Pasaraya borong terbesar Mlaysia, Pasaraya Mydin juga mengikuti pemboikotan barangan Belanda dengan melabelkan produk keluaran Belanda dengan tanda merah bagi memberitahu pengguna tentang barangan yang terlibat.




Mekanisme Penggenapan Bermula 1 April

01

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengenalan Mekanisme Penggenapan kepada 5 sen terdekat untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008. Ia akan diterima pakai untuk jumlah keseluruhan bil dan bukan bagi setiap unit barangan dan jumlah keseluruhan bil, yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat, manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.

Pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini memberikan faedah kepada peniaga dan pelanggan. Para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian manakala bagi para pelanggan, pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan lebih mudah.

Sila lihat jadual penggenapan dalam laman KDNDHEP untuk makluman lanjut, dan selepas ini setiap harga barangan akan terus menjadi 0.10 dan 0.05 sahaja tanpa perlu berfikir atau tercari² duit satu sen dengan lebih kerap. Sebarang masalah juga dapat di atasi dengan jawapan yang telah disediakan oleh pihak KDNDHEP.

Sumber KDNHEP




Ads


Download